PENGENALAN
 
 
 

Malaysia pernah menjadi pengeluar nanas kaleng utama dunia pada tahun 70 an. Dengan pembangunan pertanian yang pesat di negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina, pengeluaran nanas Malaysia telah merosot kepada keluasan tananam sekitar 14,000 hektar. Keluasan ini, bagaimanapun lebih tertumpu kepada tanaman nanas segar. Varieti nanas segar yang biasa diusahakan adalah Morris (Queen), Josapine, N36, Sarawak dan kebelakangan ini, nanas MD2. Nanas MD2 telah diperkenalkan kepada penanam berdasarkan popularitinya di pasaran antarabangsa. Ciri-ciri buah MD2 yang manis, tahan lama dan boleh mencapai harga yang baik telah memberi rangsangan kepada pekebun-pekebun untuk beralih kepada penanaman MD2. Walaupun menerima sambutan yang menggalakkan semenjak diperkenalkan pada tahun 2013, masih terdapat beberapa faktor yang mengekang perkembangannya. Antaranya adalah kekurangan bahan tanaman, kualiti (hasil/produk/buah) yang rendah, tanah kurang sesuai dan produktiviti yang rendah dan tidak mencukupi untuk memenuhi kehendak pasaran.

Sehubungan itu, bagi memperolehi maklum balas menyeluruh dan pendapat daripada semua pihak berkepentingan di dalam industri nanas, International Tropical Fruits Network (TFNet) bersama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), dan Persatuan Penanam Nanas Malaysia (PPNM) menganjurkan seminar ini untuk membincangkan perkembangan semasa industri nanas, terutamanya varieti MD2, dengan tujuan merangkakan satu pelan pelaksanaan untuk memajukan industri tersebut.

Ini adalah kali kedua dan susulan kepada seminar pembangunan usahawan nanas MD2 yang telah dianjurkan bersama LPNM dan TFNet pada tahun 2016.

 
 
OBJEKTIF SEMINAR
 
 
 
  1. Untuk menilai situasi semasa, cabaran dan isu-isu yang mengekang peningkatan, pengeluaran dan pemasaran nanas MD2;
  2. Untuk berkongsi maklumat mengenai amalan-amalan terbaik (best practices) dalam pengeluaran nanas MD2;
  3. Untuk membincangkan secara terperinci mengenai penggunaan kultur tisu berbanding sulur sebagai bahan tanaman;
  4. Untuk menyediakan platform bagi semua pihak berkepentingan (stakeholder) berinteraksi dan berbincang mengenai aspek-aspek pengeluaran, pemasaran dan lain lain berkaitan dengan rantaian nilai nanas;
  5. Untuk merangka strategi bagi meningkatkan kemampuan pengeluaran dan eksport agar industri nanas dapat diperkasakan dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan pertanian negara;
  6. Untuk menggalakkan penyertaan keahlian pengeluar-pengeluar nanas di dalam Persatuan Penanam Nanas Malaysia.
 
 
TOPIK TOPIK UTAMA SEMINAR
 
 
 
  1. Perkembangan terkini keluasan, pengeluaran dan pasaran nanas MD2
  2. Kesesuaian bahan tanaman sulur dan tisu kultur nanas MD2
  3. Status terkini dan pengurusan penyakit dan serangga utama tanaman nanas
  4. Amalan terbaik untuk meningkatkan pengeluaran dan produktivi nanas MD2
  5. Pengalaman penanam nanas MD2 yang berjaya
 
 
PROGAM SEMINAR (TENTATIF)
 
 
           
 
Masa
Program
Masa
Program
 
 
8.15–9.15 pagi
Pendaftaran peserta
2.00–2.20 petang
Pembentangan kertas (sambungan)
 
 
9.00–9.20 pagi
Ketibaan jemputan
2.20–3.20 petang
Perbincangan panel / Rumusan
 
 
9.20–9.45 pagi
Perasmian seminar
3.20–3.40 petang
Minum petang
 
 
9.45–10.10 pagi
Minum pagi
3.40–4.30 petang
Perjumpaan ahli Pesatuan Penanam Nanas
 
 
10.10–12.50 tengahari
Pembentangan kertas
4.30–5.00 petang Aturcara penutup  
 
12.50–2.00 tengahari
Makan tengahari / Rehat
     
           
 
BAYARAN SEMINAR (SEMASA PENDAFTARAN)
 
 
 

RM 150 seorang

 
 
ANJURAN
 
 
 
  • International Tropical Fruits Network (TFNet)
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
  • Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
  • Jabatan Pertanian Malaysia
  • Persatuan Penanam Nanas Malaysia
 

Hakcipta Terpelihara 2019